Kebenaran Mengeksport Bahan-Bahan Petroleum/ Diesel/ Lpg Tidak Bersubsidi Ke Luar Negara
- Latar Belakang
Berdasarkan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 memperuntukkan bahawa mana-mana orang tidak boleh mengeksport diesel,petrol RON95, gas petroleum cecair (LPG) dan tepung gandum ke mana-mana destinasi kecuali pengilang barangan tersebut yang mendapat kebenaran Pengawal Bekalan.
- Kod Penjenisan
Kod tarif bagi produk petroleum, diesel dan LPG dalam Perintah Kastam (Larangan Eksport) 2017 adalah seperti berikut :
Bil Keterangan Produk Kod Penjenisan 1 Diesel 2710.19.71 00 2710.19.72 00 2 Gas Petroleum Cecair (LPG) 2901.10.00 00 3 Petrol Ron 95 2710.12.12 00 2710.12.13 00 2710.12.24 00 2710.12.25 00 2710.12.26 00 2710.12.27 00 2710.12.28 00 2710.12.29 00
TATACARA PERMOHONAN EKSPORT PRODUK PETROLEUM (PETROL RON 95/ DISESEL/LPG) TIDAK BERSUBSIDI KE LUAR NEGARA
- Permohonan bagi mengeksport produk petroleum ke luar negara boleh dikemukakan secara atas talian melalui sistem Electronic Control Items Trade System (eCTrade) melalui pautan https://ectrade.kpdnhep.gov.my.
- Garis panduan penggunaan sistem boleh disemak menggunakan modul garis panduan di sistem eCTrade (MODUL EKSPORT PRODUK PETROLEUM).
- Pertimbangan kelulusan akan mengambil masa lingkungan 14 hari bekerja dari tarikh dokumen permohonan lengkap diterima.
- Tempoh kuatkuasa kelulusan adalah mengikut tarikh tamat lesen CSA dan PDA mengikut mana yang terdahulu atau 1 tahun dari tarikh kebenaran dikeluarkan. Surat yang sama boleh digunakan berulang kali selagi kuantiti produk yang dieksport tidak melebihi kuantiti yang diluluskan.
- Semakan ke atas status permohonan boleh dibuat menggunakan modul semakan di sistem eCTrade. Permohonan yang berjaya boleh mencetak surat kebenaran daripada sistem eCTrade serta merta selepas permohonan diluluskan.
- Surat kebenaran hanya sah bagi satu penghantaransahaja dan tidak boleh digunakan berulang kali. Surat kebenaran yang baharu perlu dipohon setiap kali penghantaran dibuat.
NOMBOR PERHUBUNGAN
Sebarang maklumat lanjut berhubung kebenaran eksport petroleum/ diesel dan LPG boleh diajukan kepada pegawai seperti berikut :
Encik Zalirizal Bin Abdul Rahman @ Ali Telefon : 03-8882 5843 E-mel : zalirizal[at]kpdn.gov.my |
Puan Fariha Shahida binti Ibrahim Telefon : 03-8882 6989 E-mel : fariha[at]kpdn.gov.my |