Pengenalan
Urusniaga barang-barang kawalan berjadual memerlukan suatu lesen yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan.
Barang-barang kawalan berjadual tersebut seperti berikut :
Bil Barang-Barang Kawalan Berjadual
Gula | Tepung Gandum | Minyak Masak | Baja |
Kerosin | Petrol, spirit motor dari semua gred | Bahan Api Diesel | Bar bulat keluli lembut |
Simen | Gas Petroleum cecair | Roti | Ayam |
Permohonan lesen barang kawalan berjadual terdiri daripada :
- Lesen Mengilang Bagi Barang Kawalan Berjadual
- Lesen Borong Bagi Barang Kawalan Berjadual
- Lesen Runcit Bagi Barang Kawalan Berjadual
Cara Memohon
Semua permohonan boleh dimohon secara atas talian iaitu https://bless2.bless.gov.my/bless2/login dan tatacara dan borang permohonan lesen sepertimana pautan seperti berikut:
BIL | NAMA BORANG/DOKUMEN | |
1 | Borang Pembaharuan Permit Barang Kawalan Berjadual | Lihat |
2 | Borang Pembaharuan Permit Khas Barang Kawalan Berjadual | Lihat |
3 | Borang Permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual | Lihat |
4 | Borang Permohonan Permit Khas Barang Kawalan Berjadual | Lihat |
5 | Garis Panduan Permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual Dan Permit Khas Garis Panduan Permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual Dan Permit Khas | Lihat |
6 | Garis Panduan Pelesenan Barang Kawalan Berjadual | Lihat |
Pertanyaan
Pertanyaan lanjut berkaitan dengan permohonan lesen barang kawalan berjadual hendaklah dikemukakan kepada :
Pengarah Kanan
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup,
Aras 2,(Menara),No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,Malaysia.
No. Telefon : 03-8882 6873