Pengenalan
“Jualan Langsung” ertinya jualan pintu ke pintu, jualan pesanan pos dan jualan melalui transaksi elektronik mengikut pengertian Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993 ini ATAU perkhidmatan yang dijalankan dengan cara berikut:
- Jualan barang ATAU perkhidmatan dengan cara;
- pergi dari satu tempat ke satu tempat selain suatu tempat perniagaan yang tetap; atau
- membuat panggilan telefon.
- Mencari orang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi barang atau perkhidmatan; dan
- Kemudian membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan tujuan mewujudkan kontrak pembelian.
Cara Memohon
Semua permohonan BAHARU dan PEMBAHARUAN Lesen Jualan Langsung perlulah mengikut senarai semak dan tatacara permohonan seperti yang dilampirkan di dalam pautan seperti berikut :
BIL | NAMA BORANG/DOKUMEN | |
1 | Borang AJL-1 | Lihat |
2 | Borang Maklumat Dan Prestasi Syarikat Jualan Langsung | Lihat |
3 | Contoh Kontrak Jualan | Lihat |
4 | Contoh Polisi Beli Balik | Lihat |
5 | Format A - Borang Struktur Harga | Lihat |
6 | Format B - Borang Justifikasi Pindaan plan pemasaran | Lihat |
7 | Senarai Semak : Baru | Lihat |
8 | Senarai Semak : Pembaharuan | Lihat |
9 | Tatacara Permohonan | Lihat |
Pertanyaan
Pertanyaan lanjut berkaitan dengan permohonan lesen jualan langsung hendaklah dikemukakan kepada :
Bahagian Pembangunan Francais dan Jualan Langsung,
Aras 1 (Menara), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup,
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,Malaysia.
No. Telefon : 03-8882 6205