Latar Belakang
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 September 2015 telah bersetuju dengan cadangan pemansuhan secara bersyarat Lesen Import tepung gandum di bawah kod tariff 1101.00 000 di dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012, Akta Kastam 1967. Mesyuarat bersetuju supaya pengimportan produk ini dikenakan standard mandatori iaitu perlu mendapatkan Certificate of Approval (COA) dari SIRIM Qas International Sdn Bhd dan portflolio dasar berkenaan pengimportan tepung gandum dipindahkan dari bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkuakuasa 1 September 2016.
Bil |
Keterangan Produk |
Kod Penjenisan |
1 |
Tepung Gandum Kegunaan Manusia (Edible Wheat Flour) adalah tepung yang digunakan untuk pembuatan makanan manusia. Senarai lapan (8) jenis tepung gandum kegunaan manusia: a. White Flour b. High Protein Flour c. Protein-Increased Flour d. Atta Flour e. Wholemeal Flour f. Self-raising Flour g. Enriched Flour h. Chlorinated Flour |
1101.00.11 00 / 1101.00.19 00 |
2 |
Tepung Kegunaan Industri (Industrial Flour) tepung yang digunakan untuk kegunaan industri seperti untuk makanan ternakan dan pembuatan gam. |
2. Semakan ke atas status permohonan boleh dibuat menggunakan modul semakan di sistem eCTrade. Permohonan yang berjaya boleh mencetak surat kebenaran daripada sistem eCTrade serta merta selepas permohonan diluluskan. 3. Surat kebenaran hanya sah bagi satu penghantaran sahaja dan tidak boleh digunakan berulang kali. Surat kebenaran yang baharu perlu dipohon setiap kali penghantaran dibuat. 4. Setelah mendapat kelulusan bertulis dari KPDN, pemohon perlu memohon COA secara atas talian di laman newepermit.dagangnet.com.my. 5. Bagi pemohon baru (kali pertama) yang tidak pernah mempunyai akaun di laman web epermit dagangnet, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di reg.dagangnet.com. 6. Setelah mempunyai kata nama (ID) dan kata laluan (password) untuk Sistem dagangnet, pemohon perlu memohon COA secara atas talian di newepermit.dagangnet.com.my dan memilih modul epermit – MITI/KPDN. Rujukan selanjutnya mengenai COA Procedures for Importation of Flour Sebarang maklumat lanjut berhubung pengimportan tepung gandum bolehlah diajukan kepada: Sektor Barang Kawalan dan Subsidi Atau hubungi pegawai seperti berikut: Puan Maryam binti Muhamad Yusni Telefon : 03 - 8882 6346 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Cik Norakma binti Hashim Telefon: 03 - 8882 5891 E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Tatacara Permohonan Pengimportan Tepung Gandum Kegunaan Manusia (Human Consumption)
Tatacara Permohonan Pengimportan Tepung Gandum Kegunaan Industri (Industrial Wheat Flour)
Pertanyaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Aras 2 (Menara), No 13,
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya, Malaysia