Pengenalan
Mana-mana syarikat yang ingin menjalankan aktiviti pengilangan cakera optik hendaklah memohon lesen di bawah Akta Cakera Optik 2000.
- Seksyen 4 – Lesen untuk mengilang cakera optik.
“Mana-mana orang yang mengilang cakera optik tanpa suatu lesen yang sah di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan.” - Seksyen 5 – Premis yang tidak dilesenkan.
“Pemegang lesen yang mengilang cakera optik di sesuatu tempat selain premis yang dilesenkan adalah melakukan suatu kesalahan.”
Terdapat 3 kategori pengilangan cakera optik :
- Dengan kandungan (pre-recorded);
- Boleh rakam(recordable); dan
- salinan induk (mastering)
Cara Memohon
Pemohon hendaklah mengisi borang ACO-1 yang boleh didapati di kaunter Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang berhampiran atau muat turun sepertimana pautan seperti berikut:
BIL | NAMA BORANG/DOKUMEN | |
1 | Permohonan Lesen Pengilangan Cakera Optik (Borang ACO-1) | Lihat |
2 | Garis Panduan Permohonan Lesen Pengilangan Cakera Optik | Lihat |
Pertanyaan
Pertanyaan lanjut berkaitan dengan permohonan lesen mengilang cakera optik hendaklah dikemukakan kepada :
Unit Cakera Optik
Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan,
Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Aras 4 (Podium 1), no 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 PUTRAJAYA
No Telefon : 03-8882 5938/5705