anms | FAQ BM | CONTACT BM | FEEDBACK BM | SITEMAP BM
Laman Utama Perdagangan Perniagaan Pengurusan Perlesenan Lesen Bagi Barang Kawalan Berjadual Media Berita Terkini 2017 Program Citarasa Malaysia Buka Peluang Usahawan Kecil Kembang Perniagaan

BANDAR UTAMA, 13 OKTOBER 2017 – Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin hari ini merasmikan Majlis Penutup Program Citarasa Malaysia (PCM) 2017 bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama.

PCM adalah untuk memberi peluang kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan khususnya bumiputera untuk mengadakan aktiviti jualan dan memperkenalkan produk mereka. Kerjasama erat bersama hypermarket asing dalam Malaysia turut dilibatkan bagi tujuan mempromosikan produk PKS tempatan.

PCM turut membuka ruang kepada pengusaha PKS untuk terlibat dalam aktiviti merchandising dan packaging, di mana melalui kerjasama SIRIM dan Pusat Rekabentuk Kebangsaan (DDEC) untuk membantu usahawan PKS meningkatkan kualitit produk.

Selain itu, KPDNKK melalui PCM turut membantu mempromosikan produk menerusi media sosial dengan membeli slot iklan. Program ini mensasarkan 30 jenama produk PKS dan untuk tahun ini sahaja, sejumlah 76 usahawan PKS dengan lebih daripada 300 SKU mengambil bahagian.

Dalam majlis sama, Dato’ Seri Hamzah turut melancarkan logo transformasi produk KPDNKK yang baharu dan menyampaikan sijil penghargaan kepada 20 jenama PKS di bawah bimbingan KPDNKK.

Turut hadir Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Jamil Salleh diiringi oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, Ismainur Hadi Amat Bakeron.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat KPDNKK